Subscribe:

Pages

HOT NEWS !

Thursday, 17 January 2013

Petua Mencari Calon Suami Yang Baik



Assalamualaikum semua pembaca Amiey Blog ! :)
Saya tau memang lama saya tak update blog ni . Maaf lah .
Masa tidak mengizinkan saya untuk update blog ni .


Hari ni saya nak kongsi Petua Mancari Calon Suami Yang Baik . Semua wanita menginginkan suami yang Baik , Soleh dan Beriman . Dalam usaha mencari untuk mencari Calon Suami Yang Baik , wanita juga harus berusaha untuk memperbaiki dirinya sebelum memasuki alam perkahwinan .

PETUA MENCARI CALON SUAMI YANG BAIK

1. Pilih yang baik dan beragama
    Agama sangat penting kerana ia mendidik kita untuk menjadi insan yang lebih
    baik .Tanpa agama , tiadalah pegangan dalam hidup kita .

    Lelaki yang beragama ini bukan sahaja boleh memimpin dirinya sendiri ,
    tetapi juga boleh menjadi pemimpin yang baik kepada isteri dan
    anak-anaknya . Jadi , sebelum melihat kriteria-kriteria lain , lihatlah dulu
    pegangan agamanya , lihat boleh tak si dia membimbing kita ke jalan yang
    betul kelak .

2. Cari yang sabar dan dan penyayang
    Semasa tengah berdating , mungkin anda boleh nilai perangai teman lelaki anda .
    Penyabar ke atau pemarah ?

    Cuba uji misalnya berpura-pura buat benda yang dia tidak suka . Masa itu lah
    nak tengok dia melenting ke tidak . Kalau dia marah , faham-faham la
    mungkin si dia panas baran .

3. Jangan nilai pada rupa
    'Don't judge a book by it's cover' ataupun jangan nilai buku melalui kulitnya saja !
     Kerana kecantikan luaran ini sementara sahaja . Mungkin rupa si dia ini macam
     rupa orang pecah rumah , tapi mungkin hatinya baik .

     Kalau muka jer hensem , tapi perangai tak senonoh , nak buat apa kan ?
     Ingatlah ! Nanti bila kita dah tua , muka kedut pun sama-sama kedut .

4. Hormat orang tua
    Sememangnya kita nak calon suami yang bukan saja taat pada mak ayah dia
    sahaja , tetapi juga hormat orang tua kita , kan ?

    Jadi , kalau si dia datang ke rumah , perhatikanlah tingkah laku dia pada
    mak bapak kita pula . Dia hormat ke atau kurang ajar , lihat bagaimana
    cara dia mengambil hati mak dan ayah kita .

5. Cari yang boleh mendengar dan mendidik
    Ini sangat penting jika kita ada masalah , ada juga insan yang sudi mendengar
    luahan hati kita .

    Bukan itu sahaja , kalau ada benda yang kita tak tahu , si dia juga boleh
    mendidik kita khususnya dalam bab-bab selepas kahwin .

6. Lihat pada keluarga dia
    Biasanya dipraktikkan masa zaman mak ayah kita dulu . Masa nak cari jodoh
    untuk anak-anak mereka , mereka akan 'melihat' pada keluarga si lelaki dulu .
    Kalau semuanya baik-baik sahaja , dapatlah green light . Bak kata pepatah ,
    "ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi" .

    Mak ayah kita jugalah yang membentuk kita menjadi insan yang berguna
    atau tidak suatu hari nanti . Tapi , ada juga yang mak ayah kurang baik tapi
    dapat anak yang baik . Jadi , nilailah betul-betul sebelum membuat keputusan
    untuk memilih calon suami .

7. Pilih yang (ikhlas) sayang kita
    Maksudnya pilihlah lelaki yang betul-betul sayang pada kita . Jangan pula pilih
    lelaki yang kita sayang tapi si dia pula buat endah tak endah sahaja pada kita .

    Ada juga situasi di mana si lelaki ini berpura-pura sayang pada si gadis kerana
    hanya mahu main-mainkan dia . Jadi , kalau anda di dalam situasi di mana anda
    perlu pilih di antara lelaki yang anda sayang dan lelaki yang sayang anda .
    Sebaik-baiknya pilihlah pilihan lelaki yang sayang anda .

Seperti mana Allah S.W.T berfirman , "Perempuan yang jahat untuk lelaki yang
jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat , perempuan yang baik
untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik ."
(An-Nur':26)


Wednesday, 12 December 2012

Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Meninggal Dunia


 

BESUT 12 Dis. - Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam tadi. Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini. Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara. Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki. Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun 1989 hingga 2011. - BERNAMA


Sedih dan terkejut sangat rasanya selepas dapat tahu tentang perkara ni. Saya selalu tengok dalam TV, tak sabar nak tunggu pengumuman raya daripada Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah ini.

Apa-apa pun, mari kita sedekahkan Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan orang-orang yang beriman. Aminnn